semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini ,berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang meyababkan mereka tidak menhiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka , perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitik beratkan semangat patriotik dan tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semagat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa melayu, " meletur buluh biaralah dari rebungnya". Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyrakat yang sentiasa kita akan negara dan tidak melalukan perkara -perkara yabg akan memburuhkan nama negara.
Agensi-agensi yang bertangguhjawab pula perlulah menjalankan aktivi -aktivi yang bersesuian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini .Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung -kampung dan juga dikawasan perumahan .Oleh itu, aktiviti seperti sabutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah di galakan .Disamping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjembut tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangasaan suatu masa dahulu. Akitivi tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan anatara kaum di negara kita.

No comments:
Post a Comment