Kepentingan pertama semangat patritisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musur negara amat menyukai jika rakyat malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah negara .
Selain itu, semangat patriotisme juga dapat memjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan berkerja kuat untuk memjukan negara. Rakyat juga pasti akan berkerja bersungguh - sungguh agar dapat menyumbang kearah pembangunan. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong lebih ramai pelabur asingmembuka perniagaan di malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, kenaikan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
Semangat patriotisme juda dapat memupuk perpaduan kaum. Sesunnguhnya semangat patriotisme akan membentuk rakyat yangb lebih mementingkan kentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasa yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsangkan perkembangan sektor pelancongan negara.
Disamping itu, semngat patriotisme di kalngan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara malaysia telah menjadi contoh kepada negara yang lain dalam menerapkan semangat patriotisme dikalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.
No comments:
Post a Comment